© 2026 All rights reserved
MB
Size
33
Downloads
2025-06-02 00:00:00
Update date
2025-06-02 00:00:00 EzyHaji ialah aplikasi yang membantu waris mengurus pelaksanaan badal haji dan umrah dengan lebih teratur, selamat dan telus. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku peningkatan kes penipuan dan penyalahgunaan dalam urusan badal haji. Ada individu atau agensi tidak bertauliah mengambil kesempatan dengan mengenakan harga tinggi, memberikan maklumat tidak sahih, atau gagal menunaikan ibadah walaupun bayaran telah dibuat. EzyHaji hadir untuk menangani isu ini melalui pendekatan moden dan sistematik. Dengan teknologi Checkpoints dan Check-in, waris dapat memantau setiap fasa pelaksanaan badal haji — bermula dari ketibaan pembadal di Tanah Suci sehinggalah pelaksanaan rukun dan wajib haji.